﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Dawn Stilled Water﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.8 (4 Ratings)﷯﷯541 Grabs Today. 4672 Total Grabs
. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Preview﷯﷯ | ﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Sci Fi﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.0 (84 Ratings)﷯﷯465 Grabs Today. 14496 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Preview﷯﷯ | ﷯﷯Get the Cod BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, February 4, 2010

Kenapa mesti diam masa azan ye..?

Subject: Kenapa mesti diam masa azan ye..?
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika


tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita


disarankan agar mendiamkan


diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam


kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar


berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?


Lantas sesiapa yang berkata- kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.


Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat


mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini


ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini


tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah!Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan


lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri


kami.Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:


1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.


2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.


3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


1) Jujur dalam berkata-kata.


2) Menjauhi segala yg haram.


3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:


1) Merahsiakan ibadahnya.


2) Merahsiakan sedekahnya.


3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.


2) Menjauhi kejahatan.


3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:


1) Mengawasi dirinya.


2) Menghisab dirinya.


3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi


begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir


tapi betapa pendeknya waktu itu untuk


pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang


berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan


'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan


ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

 
ps: Sekadar mengingati kepada yang muslim...

0 comments: