KATA LELAKI : "WANITA ITU LEMAH"
> Ujar lelaki, wanita itu lemah
> Ujar wanita, mereka adalah lembut
> Antara lemah Dan lembut.....
> besar perbezaannya
> Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
> Telah ditakdirkan ...
> kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
> Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
> Diam seolah-olah menerima...
> Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
> Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
> Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
> Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
> Hingga jarum jam tegak bertindih jari
> Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
> Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
> Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
> Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
> Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
> Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
> Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
> Berehat,menonton TV sambil tergelak
> Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
> Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
> Kakitangan semua digerakkan dengan laju
> Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
> Sebelum solat Magrib untuk sujud...
> Menyembah yang Satu
> Makanan dihidang selepas solat
> Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
> Sedang suami tersandar semula seperti tadi
> Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
> Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
> Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
> Lantang membela nasib wanita....
> Memberi kesedaran supaya segera bangkit
> Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
> Hukum agama telah terpapar
> Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
> Membasuh pakaian,menyediakan makanan
> Jika suami tidak terdaya melakukannya
> Seorang pembantu wajar disediakan
> Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
> Tidak mampu menerima perubahan
> Rela bertahan bagaimana jua
> Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
> Dalam diam
> Wanita yang sering dianggap lemah
> Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
> Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
> Jika diri tak seindah SULAIMAN,
> Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
> Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
> Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
> Jika tak sekuat SARAH,
> Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
> Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
> Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
> Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....
Wednesday, February 3, 2010
teman sehidup semati
Posted by beba at 11:41 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment